Haaa siap...anak2 tak sabar nak operate ayam nie...Dinnner smalam kitaorg mkan Ayam Panggang ala2 Kenny Rogers tu....sedapppp....sila layan gambar yer kengkawan...hiks..larikkssss
Kat bawah nie ader resepi, boleh ler kengkawan mencubanyer...
1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bawang putih -
Butter
1 Biji buah pala- Ditumbuk
1 serbuk lada hitam
Kicap cair
Kicap pekat
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - Saya guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
Kicap Pekat - Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )
Cara menyediakannya:
1. kentang, Karrot dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih sehingga lumat.
3. Lada hitam, serbuk buah pala, kicap cair, kicap pekat, perah sebiji lemon, gaul dalam mangkuk
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
8. Lumurkan ayam tadi garam luar dan dalam pastu letak bahan tumbuk lebihan tadi dan lumurkan juga butter masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake been.
No comments:
Post a Comment